NUR HAZIQAH BINTI MOHD ZIN

Wednesday, September 25, 2013

DINNER PRA GRADUAN

Dinner PraGraduan diadakan bertujuan mengumpul student2 yang last sem dan secara automatik yang akan grad sem ini . Tak silap aku kos yang akan grad sem ni ialah CS110 , AM110 , CS111 . Not sure la betul ke tak . Dalam kad jemputan tulis dinner kat HOTEL RENAISANCE , sampai2 kat HOTEL RIVERVIEW. Aikkk ?? Kebingungan disitu haha . Tapi tak pe , janji dapat makan :D . Ni gambar aku dan kawan2 sempat snap disana :3



Yeahhh kami geng SCICO !!!!



No meja kami 13 !!



Bergambar seketika menanti majlis bermula :3



Dalam bas kite duk nga mus :D




DINNER SCICO

Dinner Scico bertujuan diadakan untuk pelajar akhir diploma Sains Komputer , iaitu pada hari Khamis malam 5 / 9 / 2013 . Malam tu kami bbq bersama persatuan Scico yang bertempat di Rumah Universiti . Bermula pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam . Kami pelajar SCICO wajib HADIR . Tetapi sebelum itu kami dikehendaki membayar duit komitmen sebanyak RM5 kepada mana mana exco SCICO . Pembayaran boleh dibuat kepada exco yang sekelas dengan kami ataupun contact mana mana exco SCICO kenalan kami . Ini just duit komitmen , duit kami dikembalikan semula pada malam bbq tersebut .


Nah , ni aku ade upload beberapa keping gambar kami pada malam dinner tersebut . Sem ni last bersama kawan2 yang dah nak grad T_T . Aku pasti akan merindukanmu kawan :*



Ni part last , time ni dah nak abis dah :D




Bersama kawan kawan SCICO :3




Yang sebelah kiri ni Atiqah , dan yang sebelah kanan ni pulak Yana :)




Bersama Madam Marhainis Jamaluddin , iaitu madam kesayangan kami !!




Ce tengok sape paling tinggi kat sini ?? HAHA




Bersama Sir Saiful , sir paling muda dan bergaya ! HAHA




Arghhh blurrr !!! Btw , bersama kawan sebilik aku , Myra :D





Haaa ni Suhaida , exco SCICO . Dia ex rumate aku masa part 1 dan part 2 :))





Tayangan wayang free , cter hantu . Lupa dah tajuk ape hehehe




Kami geng rumah KAK TIE ! Yeahhhh HAHAAHA



KAMI SAHABAT BUKAN SAHAJA ARINI TAPI SAMPAI BILA BILA . INSYAALLAH PADA MASA AKAN DATANG KITA AKAN BERJUMPA LAGI SAHABAT . KENANG DAKU DALAM DOAMU    :')



Monday, September 9, 2013

KEHILANGAN T_T

Kehilangan seseorang yang bermakna dalam hidup kita amat menyedihkan . Lebih2 lagi orang itu orang yang sangat kita cintai . Dari kecik sehinggalah dewasa , hanya insan ini yang kita sayang sepenuh hati kita . Tak lain dan tak bukan iaitu IBU . Allah lebih sayangkan ibu saya . Bonda yang tercinta telah meninggalkan kami sekeluarga pada 22 / 8 / 2013 iaitu pada malam Jumaat . SubhanaAllah ..
Malam yang penuh bermakna itu tak akan aku lupa sama sekali . 
Dan malam itu juga Allah menguji kesabaran kami sekeluarga , dimana kami kehilangan seseorang yang kami sayangi *menangis*.


Orang yang melahirkan dan menyusukan aku telah pergi buat selama-lamanya . Sesungguhnya aku tak bole terima hakikat , namun aku akan cuba terima semua ini . Allah Maha Berkuasa . DIA yang menentukan segala2nya , ajal maut jodoh itu semua ditangan Allah . Bila terima col daripada kakak aku yang duk kat rumah yang ma dah tak der , air mata aku terus mengalir dipipi . Ya Allah , benarkah berita yang aku terima ini ? Aku lemah , aku tak sanggup . Ya Allah kuatkan aku *menangis* .

 Begitu besar dugaan yang aku terima daripadaMu ini Ya Allah . Kedengaran esakan tangisan daripada kakak , aku tak sanggup kehilangan ma . Dalam hati bercakap " Ma , jangan tinggalkan hazie " . Kakak gtau ma tak der kul 11.40 malam . Aku terima col daripada kakak aku kul 11.45 malam . Aku menangis menangis dan terus menangis . Hanya Allah yang tahu perasaan sedih teramat sangat pada malam tu . Esakan tangisan aku makin kuat , aku menangis depan tv rumah sewa . Pada masa tu , hanya ada Myra ( kawan sebilik ) yang tengah gosok baju kurung , sebab esok (Jumaat) ada modul part 6 dan Finishing School hari Sabtu . Kawan2 yang lain duk dalam bilik , lepas dengar aku nangis , mereka sume keluar dan tanye kenapa . Aku gtau sambil nangis yang ma aku tak der . Kawan2 aku terkejut , dorang tak caye . Dorang pegi dekat aku , dorang cakap sabar sabar . Depan kawan2 aku nangis , aku nak balik :'( . Aku tengok Myra nangis , tangisan aku makin kuat . Aku gtau kawan2 aku nak balik .

 Then , Aten nga kawan2 yang laen nak hantar aku balik . Aku gtau dorang suh tunggu , aku nak mandi dan solat isyak . Dalam bilik mandi pun aku masih menangis sampailah dalam solat aku nangis . Aku berdoa dalam menangis . Aten pegi sewa kete kat tepi rumah sewa kami , kete Myvi merah . Dalam kete aku still menangis sambil aku mesej gtau kat kawan2 yang laen . Kawan2 dalam bbm dan twitter ucap takziah . Aku sebak sangat , aku tak bole tahan . First orang yang aku gtau ialah Kay ( ex ) aku . Pada mulanya kami nak ke spital sebab kakak gtau ma meninggal kat spita , then kakakku col balik gtau mayat ma otw balik ke rumah . Cancel ke spita , then balik rumah aku terus kat Pasir Mas . Masa mengambil satu jam lebih nak sampai kat rumah aku . Kira2 dalam kul 1.30 kami sampai . Aku masuk dalam rumah , nampak kakak2 aku tengah nangis . Dia gtau mayat ma tak sampai lagi . Kakak aku yang duk kat Besut sampai sekali nga aku . Kami menyimpan kat luar , senang nanti mayat sampai nak letak .

 Dalam kul 2 lebih , van jenazah dari spita HUSM sampai kat depan rumah . Saat tu aku sebak sesangat , aku terus menangis . Mayat ma diusung naek ke dalam rumah oleh orang2 spita dan abah aku . Mayat ma diletakkan dalam ke arah kiblat . Aku tak sanggup nak tengok , Ya Allah ibu aku *menangis* . Then aku ajak kawan2 aku naek tengok arwah ma . Kakak aku bukak kain untuk melihat wajah ma . Aku terkejut tengok mulut ma penuh nga darah . Ya Allah ! Kataku .. Aku terus menangis , kawan2 pegang bahu aku dan gtau " sabar hazie sabar " . Memang lain sangat wajah arwah . Kami baca yassin sepanjang malam tu sampailah ke pagi . Mekasih kat Aten , Ann , Rosma , Bella dan Mus sebab tolong aku balik rumah . Aku gtau dorang , aku tak bole nak pegi modul part 6 walaupun wajib . Dorang paham , dan dorang gtau nak gtau kat lecturer nanti . Mekasih guys :'(


Munculnya matahari menandakan dan pagi . Kedengaran bacaan yassin daripada ibu saudaraku kat mayat ma . Kami sekeluarga menunggu kepulangan kakak2 ku Nora dan Kak Na , dan juga abang kami dari KL dan Melaka . Abah gtau mayat nak dimandikan kul 10 . Pagi tu ramai sesangat jiran2 , saudara2 yang datang . Penuh satu rumah dengan mereka yang datang , dan kat luar rumah pun sama . Akhirnya kakak2 dan abang ku sampai kul 9 lebih sebelom mayat ma dimandikan . Masa mandikan mayat ma , kami adik beradik perempuan seramai 10 orang tolong mandikan mayat bonda yang tercinta . Kami menangis masa mandikan ma , itu adalah kali terakhir kami sentuh badan arwah . Lepas ni dah tak bole sentuh :'( . Wajah ma berubah selepas dimandikan , berubah menjadi wane kekuningan . Alhamdulillah . Abang , adik , abang2 ipar aku angkat mayat arwah ma untuk dikapankan . Masa dikapankan , kami sekeluarga menangis . Ya Allah , ibukuuuu ...


Kami sekeluarga sorang demi sorang mencium dahi ibuku untuk kali terakhir . Lap airmatmu sebelom mencium dahi , katanya ibu saudaraku yang sendiri mengkafankan mayat ma . Sejurus itu , kira2 kul 11 mayat disembahyangkan terlebih dahulu sebelom dikebumikan . Selepas sahaja disembahyangkan , mayat diturunkan dari rumah untuk dikebumikan di kubur Senor . Kami sekeluarga pegi ke kubur , hanya tinggal kakak2 ku yang tak bole sembahyang duk kat rumah layan saudara mara . Saat mayat diturunkan dalam liang kubur , aku tak sanggup nak tengok . Aku menangis dan terus menangis . Aku terpandangkan kat seseorang , dan dia itu ialah Isya ! Kawan satu kos dan satu kelas aku . Aku pergi ke arah dia dan terus peluk Isya . Isya terkejut bila tahu mayat itu ibu aku . Aku terpandang dekat abah , abah nangis . Aku tak pernah tengok abah nangis , ni first time aku tengok . Ya Allah kuatkanlah kami sekeluarga . Dan Isya bawak aku pergi jumpa Yaya , aku terus peluk Yaya dan aku gtau ma aku dah tak der . Yaya terkejut sesangat . Yaya gtau yang dia datang kampung aku disebabkan Opkim 
( keluarga angkat ) . 


Aku melihat kubur arwah ma dikambuskan tanah2 yang digali tadi dan diletakkan daun pandan kat kiri dan kanan . Orang2 yang ada kat situ mendoakan dan membaca yassin . Abah cakap selama 7hari ada orang akan menunggu kubur arwah . Kami kehilangan ibu yang tercinta .. Dan ibuku itu iaitu MUZERA'AH BINTI ZAKARIA :'(


Arwah ma sentiasa menjadi ingatan sampai akhir hayatku . ALFATIHAH .......

22 / 1 / 1957 - 22 / 8 /2013