NUR HAZIQAH BINTI MOHD ZIN

Wednesday, September 25, 2013

DINNER PRA GRADUAN

Dinner PraGraduan diadakan bertujuan mengumpul student2 yang last sem dan secara automatik yang akan grad sem ini . Tak silap aku kos yang akan grad sem ni ialah CS110 , AM110 , CS111 . Not sure la betul ke tak . Dalam kad jemputan tulis dinner kat HOTEL RENAISANCE , sampai2 kat HOTEL RIVERVIEW. Aikkk ?? Kebingungan disitu haha . Tapi tak pe , janji dapat makan :D . Ni gambar aku dan kawan2 sempat snap disana :3



Yeahhh kami geng SCICO !!!!



No meja kami 13 !!



Bergambar seketika menanti majlis bermula :3



Dalam bas kite duk nga mus :D




DINNER SCICO

Dinner Scico bertujuan diadakan untuk pelajar akhir diploma Sains Komputer , iaitu pada hari Khamis malam 5 / 9 / 2013 . Malam tu kami bbq bersama persatuan Scico yang bertempat di Rumah Universiti . Bermula pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam . Kami pelajar SCICO wajib HADIR . Tetapi sebelum itu kami dikehendaki membayar duit komitmen sebanyak RM5 kepada mana mana exco SCICO . Pembayaran boleh dibuat kepada exco yang sekelas dengan kami ataupun contact mana mana exco SCICO kenalan kami . Ini just duit komitmen , duit kami dikembalikan semula pada malam bbq tersebut .


Nah , ni aku ade upload beberapa keping gambar kami pada malam dinner tersebut . Sem ni last bersama kawan2 yang dah nak grad T_T . Aku pasti akan merindukanmu kawan :*



Ni part last , time ni dah nak abis dah :D




Bersama kawan kawan SCICO :3




Yang sebelah kiri ni Atiqah , dan yang sebelah kanan ni pulak Yana :)




Bersama Madam Marhainis Jamaluddin , iaitu madam kesayangan kami !!




Ce tengok sape paling tinggi kat sini ?? HAHA




Bersama Sir Saiful , sir paling muda dan bergaya ! HAHA




Arghhh blurrr !!! Btw , bersama kawan sebilik aku , Myra :D





Haaa ni Suhaida , exco SCICO . Dia ex rumate aku masa part 1 dan part 2 :))





Tayangan wayang free , cter hantu . Lupa dah tajuk ape hehehe




Kami geng rumah KAK TIE ! Yeahhhh HAHAAHA



KAMI SAHABAT BUKAN SAHAJA ARINI TAPI SAMPAI BILA BILA . INSYAALLAH PADA MASA AKAN DATANG KITA AKAN BERJUMPA LAGI SAHABAT . KENANG DAKU DALAM DOAMU    :')



Monday, September 9, 2013

KEHILANGAN T_T

Kehilangan seseorang yang bermakna dalam hidup kita amat menyedihkan . Lebih2 lagi orang itu orang yang sangat kita cintai . Dari kecik sehinggalah dewasa , hanya insan ini yang kita sayang sepenuh hati kita . Tak lain dan tak bukan iaitu IBU . Allah lebih sayangkan ibu saya . Bonda yang tercinta telah meninggalkan kami sekeluarga pada 22 / 8 / 2013 iaitu pada malam Jumaat . SubhanaAllah ..
Malam yang penuh bermakna itu tak akan aku lupa sama sekali . 
Dan malam itu juga Allah menguji kesabaran kami sekeluarga , dimana kami kehilangan seseorang yang kami sayangi *menangis*.


Orang yang melahirkan dan menyusukan aku telah pergi buat selama-lamanya . Sesungguhnya aku tak bole terima hakikat , namun aku akan cuba terima semua ini . Allah Maha Berkuasa . DIA yang menentukan segala2nya , ajal maut jodoh itu semua ditangan Allah . Bila terima col daripada kakak aku yang duk kat rumah yang ma dah tak der , air mata aku terus mengalir dipipi . Ya Allah , benarkah berita yang aku terima ini ? Aku lemah , aku tak sanggup . Ya Allah kuatkan aku *menangis* .

 Begitu besar dugaan yang aku terima daripadaMu ini Ya Allah . Kedengaran esakan tangisan daripada kakak , aku tak sanggup kehilangan ma . Dalam hati bercakap " Ma , jangan tinggalkan hazie " . Kakak gtau ma tak der kul 11.40 malam . Aku terima col daripada kakak aku kul 11.45 malam . Aku menangis menangis dan terus menangis . Hanya Allah yang tahu perasaan sedih teramat sangat pada malam tu . Esakan tangisan aku makin kuat , aku menangis depan tv rumah sewa . Pada masa tu , hanya ada Myra ( kawan sebilik ) yang tengah gosok baju kurung , sebab esok (Jumaat) ada modul part 6 dan Finishing School hari Sabtu . Kawan2 yang lain duk dalam bilik , lepas dengar aku nangis , mereka sume keluar dan tanye kenapa . Aku gtau sambil nangis yang ma aku tak der . Kawan2 aku terkejut , dorang tak caye . Dorang pegi dekat aku , dorang cakap sabar sabar . Depan kawan2 aku nangis , aku nak balik :'( . Aku tengok Myra nangis , tangisan aku makin kuat . Aku gtau kawan2 aku nak balik .

 Then , Aten nga kawan2 yang laen nak hantar aku balik . Aku gtau dorang suh tunggu , aku nak mandi dan solat isyak . Dalam bilik mandi pun aku masih menangis sampailah dalam solat aku nangis . Aku berdoa dalam menangis . Aten pegi sewa kete kat tepi rumah sewa kami , kete Myvi merah . Dalam kete aku still menangis sambil aku mesej gtau kat kawan2 yang laen . Kawan2 dalam bbm dan twitter ucap takziah . Aku sebak sangat , aku tak bole tahan . First orang yang aku gtau ialah Kay ( ex ) aku . Pada mulanya kami nak ke spital sebab kakak gtau ma meninggal kat spita , then kakakku col balik gtau mayat ma otw balik ke rumah . Cancel ke spita , then balik rumah aku terus kat Pasir Mas . Masa mengambil satu jam lebih nak sampai kat rumah aku . Kira2 dalam kul 1.30 kami sampai . Aku masuk dalam rumah , nampak kakak2 aku tengah nangis . Dia gtau mayat ma tak sampai lagi . Kakak aku yang duk kat Besut sampai sekali nga aku . Kami menyimpan kat luar , senang nanti mayat sampai nak letak .

 Dalam kul 2 lebih , van jenazah dari spita HUSM sampai kat depan rumah . Saat tu aku sebak sesangat , aku terus menangis . Mayat ma diusung naek ke dalam rumah oleh orang2 spita dan abah aku . Mayat ma diletakkan dalam ke arah kiblat . Aku tak sanggup nak tengok , Ya Allah ibu aku *menangis* . Then aku ajak kawan2 aku naek tengok arwah ma . Kakak aku bukak kain untuk melihat wajah ma . Aku terkejut tengok mulut ma penuh nga darah . Ya Allah ! Kataku .. Aku terus menangis , kawan2 pegang bahu aku dan gtau " sabar hazie sabar " . Memang lain sangat wajah arwah . Kami baca yassin sepanjang malam tu sampailah ke pagi . Mekasih kat Aten , Ann , Rosma , Bella dan Mus sebab tolong aku balik rumah . Aku gtau dorang , aku tak bole nak pegi modul part 6 walaupun wajib . Dorang paham , dan dorang gtau nak gtau kat lecturer nanti . Mekasih guys :'(


Munculnya matahari menandakan dan pagi . Kedengaran bacaan yassin daripada ibu saudaraku kat mayat ma . Kami sekeluarga menunggu kepulangan kakak2 ku Nora dan Kak Na , dan juga abang kami dari KL dan Melaka . Abah gtau mayat nak dimandikan kul 10 . Pagi tu ramai sesangat jiran2 , saudara2 yang datang . Penuh satu rumah dengan mereka yang datang , dan kat luar rumah pun sama . Akhirnya kakak2 dan abang ku sampai kul 9 lebih sebelom mayat ma dimandikan . Masa mandikan mayat ma , kami adik beradik perempuan seramai 10 orang tolong mandikan mayat bonda yang tercinta . Kami menangis masa mandikan ma , itu adalah kali terakhir kami sentuh badan arwah . Lepas ni dah tak bole sentuh :'( . Wajah ma berubah selepas dimandikan , berubah menjadi wane kekuningan . Alhamdulillah . Abang , adik , abang2 ipar aku angkat mayat arwah ma untuk dikapankan . Masa dikapankan , kami sekeluarga menangis . Ya Allah , ibukuuuu ...


Kami sekeluarga sorang demi sorang mencium dahi ibuku untuk kali terakhir . Lap airmatmu sebelom mencium dahi , katanya ibu saudaraku yang sendiri mengkafankan mayat ma . Sejurus itu , kira2 kul 11 mayat disembahyangkan terlebih dahulu sebelom dikebumikan . Selepas sahaja disembahyangkan , mayat diturunkan dari rumah untuk dikebumikan di kubur Senor . Kami sekeluarga pegi ke kubur , hanya tinggal kakak2 ku yang tak bole sembahyang duk kat rumah layan saudara mara . Saat mayat diturunkan dalam liang kubur , aku tak sanggup nak tengok . Aku menangis dan terus menangis . Aku terpandangkan kat seseorang , dan dia itu ialah Isya ! Kawan satu kos dan satu kelas aku . Aku pergi ke arah dia dan terus peluk Isya . Isya terkejut bila tahu mayat itu ibu aku . Aku terpandang dekat abah , abah nangis . Aku tak pernah tengok abah nangis , ni first time aku tengok . Ya Allah kuatkanlah kami sekeluarga . Dan Isya bawak aku pergi jumpa Yaya , aku terus peluk Yaya dan aku gtau ma aku dah tak der . Yaya terkejut sesangat . Yaya gtau yang dia datang kampung aku disebabkan Opkim 
( keluarga angkat ) . 


Aku melihat kubur arwah ma dikambuskan tanah2 yang digali tadi dan diletakkan daun pandan kat kiri dan kanan . Orang2 yang ada kat situ mendoakan dan membaca yassin . Abah cakap selama 7hari ada orang akan menunggu kubur arwah . Kami kehilangan ibu yang tercinta .. Dan ibuku itu iaitu MUZERA'AH BINTI ZAKARIA :'(


Arwah ma sentiasa menjadi ingatan sampai akhir hayatku . ALFATIHAH .......

22 / 1 / 1957 - 22 / 8 /2013



Friday, July 19, 2013

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK ❤ HΔNYΔ DIΔ (。❤‿❤。) ‏

Assalamualaikum ... Salam 1 Malaysia dan salam ramadhan Al-Mubarak ! Alhamdulillah kite sekarang ni berada dalam bulan ramadhan . Selamat menjalani ibadah puase yer , x mau ponteng2 :p . Kaum Hawa sah2 ponteng kan ? Hahaha tak yah nak tipu ler , kite pun ponteng gak ni hohoho . Kaum Adam tuh jangan pulak ngade2 nak turut ponteng ! Puase tahun ni amat menyedihkan sebab tak dapat nak berbukak puase nga family kat kampung . Terpaksa berbukak nga kengkawan kat sini =( . Rindu nak berbukak nak family , ramai2 gitu T_T . Sob sob sob ... At least dapat berbukak jugak seminggu sebelom raye :) . Eh , baju raye korang wane ape ? Ishhh puase tak abis lagi dah tanye sal raye ! Hehehehe semangat nak raye ni :3 . Aku punya baju raya tahun ni tak tau nak wane ape . Confius pun ade hehe . Tahun lepas dah merah , so merah dah kena reject , cewahhh ! Ade orang bagi cadangan wane putih . Wah wane putih ??? Comey gak tuh ! Lagipun sebelom ni tak der lagi baju raye wane putih . Emmm tengok la macam mane nanti . Tak prepare pun lagi pasal baju raye tu , nanti cuti seminggu sebelom raye aku pegi la beli .  Last minit dikatakan hehe . Haaa sape pulak pasangan aku raye tahun ni hah ? Hahahaha . Korang nak tau ? Yelah tahun lepas dengan "Fizzy Nose" . Lelaki jambu yang tak bertempat , puiiii ! Tak pe , kisah dulu kite abaikan . Ingat hazie bulan puase ni *pesan diri sendiri* hehe .

Okey , sebenarnye pasangan tahun ni dua orang . Sikit jer tu , tak lebih tiga pun haha . Kelas kau jah ! Dua2 ni istimewa sangat bagi aku . Tapi aku kena pilih salah sorang , pilih yang terbaik untuk diri aku . Bukan nak kata aku ni femes ke hot ke ape , yelah dua orang ni orang yang aku sayang kot ! Gila tak sayang haha . Tapi aku lebih sayang dia , dia adalah salah sorang daripada dua orang ni . Walaupun aku berkenalan dengan dia hanya dalam "BBM" , alhamdulillah setakat ni hubungan kami so far so good . Jodoh kite tak tau dengan sape kan , hanya mampu berdoa dan tawakal jer . Kite yang merancang tapi Tuhan yang tentukan .Muhamad Khalis Daniel or Aiman Izzul Ikhmal ?? Hah , sape dorang tuh ??!! Haa ni laa dua orang yang istimewa bagi aku . Korang nak pilih yang mana ?? Berkenan kat nama mane ? Ce gtau aku hehe . Macam promosi pulak dah !


Step by step k , first aku berkenalan dengan dia ni , Aiman Izzul Ikhmal . Dah lama kawan dengan dia , kawan jer pun dulu . Yelah boleh dikatakan dalam seminggu hari2 dia hantar mesej or col . Tak sangka la pulak bole tersangkut dengan dia lepas clash dengan "Mat Roppy" . Aku terima dia sebab dia take care aku , selalu ambik berat sal aku  , col setiap malam . Dulu enset aku panas disebabkan duk berotp dengan dialah . Tapi lama kelamaan dah boleh tahu perangai macam mana kan . Tak nak gtau perangai dia macam mana , nanti aib dia pulak . Aku just boleh gtau cenggitu jer . Before this lupa nak gtau , Izzul ni sebenarnya sepupu apek maen bola tu (Khairul Fahmi) . Takku sangka takku duga ! Aku pun baru tahu lollll . Patut laa ade iras2 macam apek , mata sepet hehe . Dia cakap nak beraya dengan aku tahun ni , nak bawak aku jupe apek la kononnya , ntah betul ntah x betul . Aku pun tak tau , just wait and see raye ni la cane nanti . Kalau tanya perasaan sayang tu , aku boleh gtau sayang aku kat dia tak sepenuhnya sayang aku kat Muhamad Daniel Khalis  :)

Muhamad Daniel Khalis ? Sape tuh ? Btw , nama dia comey ngat ! Aku suka aku suka . Alaa Aiman Izzul Ikhmal pun nama comey jugak , jangan kata aku pilih kasih sudah ler . Dah laa dua ni nama sume tiga , aku jer dua hehe . Tiga ke empat ke tak penting , yang penting sekarang aku nak gtau sal Kay ni . Kay a.k.a Muhamad Khalis Daniel :D . BBM adalah penyatuan kami berdua , HAAHAHA  . Gila kaple berkenalan dalam BBM kan ?? Yelah sebelom ni , yang biase dengar kaple jupe dalam PESBUK . Teknologi sekarang semakin canggih dan maju , so tak heran laa . Fon bb aku punya pasal la , tak boleh tukar dp bbm . Then aku format fon , aku terlupaa memory kad tak buang masa tengah format bb tu . Ape lagi , hilang sume la gambar2 dengan contact fon aku . Contact bbm lagi la hilang , kawan2 dalam tu 300 lebih habis hilang cenggitu jugak . Sedey la jugak kan T_T , aku tau aku careless . So nak buat macam mana , dah lepas dah pun . Gambar aku sebanyak 400 keping gambar dah pun hilang . HAHA gila minah ni banyak gile gambar ! Biaselah aku suka bergambar :D . Format punya format , terpaksa suh kawan bbm aku tolong bc(Broadcast Message) kat kawan2 dia . Ape lagi , ramai la yang add aku lepas tuu . Femes la kejap HAHAHA . Mungkin Kay ni salah sorang antara mereka yang add aku tu HEHE .Nevermind laa , aku tekan confirm2 jer nak tambah conatct dalam bbm . Haa dari situ laa hubungan kami bermula , dia tegur aku then dua hati mula menjadi satu =) . Kalau tanya perasaan sayang aku kat dia , of course aku lebih sayangkan dia daripada Izzul . Memang rambut sama kaler tapi hati lain2 . Aku dah tau yang mana lebih sayangkan aku dan yang mana abaikan aku . Then inilah jawapannya :)


Nak kenal dorang tak ? Nanti korang tengok ek , yang mane ensem HEHEHE .






AIMAN IZZUL IKHMAL




MUHAMAD DANIEL KHALIS

Amacam ?? Yang satu ensem ? HEHEHE . If bagi pilihan , aku lebih memilih MUHAMAD DANIEL KHALIS sebagai imam aku nanti . Insyaallah :) . Jodoh Allah yang tentukan (: 
Doakan hubungan kami berkekalan *__*
Semestinya HΔNYΔ DIΔ (。❤‿❤。) ‏


Saturday, January 12, 2013

PERISTIWA DI HOSPITAL

Dah lama tak bukak blog ! Arini tetiba ase rindu jer nak update blog pulak :D .. Dekat nga sebulan or dua bulan lebih dah aku x bukak blog , bukan tak nak bukak tapi x sempat nak bukak . Yelah line berukband aku bukannye okey selalu , kdg2 berona . Yang tu memang aku sakit ati gler2 :D .. Okey part ni aku nak cter sal peristiwa yang berlaku kat hospital . Memang da lame , tapi aku nak jugak korang tau peristiwa hidup dalam family aku . Bukannya selalu gembira dan bukannya selalu sedih . Di mana ada kegembiraan tu , dan di situ lah ade kedukaannya juga . Peristiwa ni berlaku tahun lepas 2012 , yang mana air mata aku sering menangis menangis menangis dan terus menangis . Bukan senang nak keluarkan air mata ni sesuka hati . Dan bukan mudah air mata ni nak keluar . Semua ni kejadian daripada Allah , aku sebagai hambaNya yang lemah ni mampu berdoa dan redha ape pun yang akan berlaku dalam hidup aku . Tapi kalau boleh , memang nak sangat jauh daripada semua bala2 yang tak diingini berlaku kan ? Tapi tu semua dah di tentukan oleh yang di atas sana . Sape yang tak sayang ibu kan ? Bagi aku , ibu adalah segala2nya . Kalau korang nak tau , ma aku sakit T_T . Sakit buah pinggang , da lama da sakit . Seingat aku start aku exam SPM tahun 2010 .


 First ari exam , first ma aku kena masuk hospital kat Kota Bharu sebab dua2 buah pinggang da rosak , dalam keadaan kritikal gitu . Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu , memang sedih2 tahap gaban . Nak buat exam pun x bole , yelah fikiran aku just ade kat hospital jer . Dalam hati ni , "Ya Allah ,, macam mane keadaan ma ni ? Nak sangat tau :( " . Aku still engat lagi , masa aku tengah jawab exam tu , aku nangis . Nangis tak bunyi , air mata jer jatuh kat atas kertas . Aku tak boleh nak tahan sebak , aku takut . Takut kehilangan orang yang aku sayang dan cinta . Aku tak bole , aku tak kuat . *TENGAH NANGIS NI . Dah lar soplan BM ade kesah sal ibu , lagi lar aku nangis . Mungkin ade hikmah semua tu , aku pilih soplan tu . Aku jawab dengan penuh perasaan sedih yang berlaku kat ma aku terlantar di hospital sekarang . Dan mungkin itu juga rezeki aku , result SPM aku dapat A subjek BM ! Memang aku langsung tak sangka aku dapat A , sebelom ni dalam kelas aku dapat B , C . Terima kasih Allah :)) .. Doktor ade gtau kat abah , hanya ade 2 pilihan jer . Pertama , salah sorang kena bagi buah pinggang kat ma . Kedua , buat rawatan Hemodialisis . Abah aku buat keputusan nak jalankan rawatan Hemodialisis , tak kesah berapa pun harga kena bayar . "Duit boleh di cari tapi ibu tak bole cari , hanya satu jer ." Sekarang , ma aku bergantung kepada rawatan Hemodialisis , 3kali seminggu . Tanpa rawatan tu , memang tak bole lar sebab dua2 buah pinggang x berfungsi kan ? Ni aku ade masukkan beberapa pic kat hospital USM Kubang Kerian Bulan 10 tahun lepas .



Ma tengah tidow masa tengah cuci buah pinggang 



Cenggini lar rawatan HEMODIALISIS



Nampak tak wayar2 darah tuu ?? Eee takut kan 



Time ni aku jaga ma kat Hospital USM Kubang Kerian . Sempat snap pic nurse yang comey ni :D



Camni laa tiap kali ma aku kena cuci buah pinggang :(



Ni Unit Hemodialisis USM Kubang Kerian



Dua wayar ni darah kotor dan darah bersih

Ya Allah , sembuhkan penyakit ibuku ini . Hanya engkau satu2nya yang Maha Kuasa menyembuhkan sebarang penyakit . Aku hamba yang lemah hanya mampu berdoa kepadaMu Ya Allah . Korang tolong doakan kesembuhan ibu aku yer ? Aku berharap sangat ibu aku sihat macam dulu . Miss this moment :'(